salam perkenalan....
LATAR BELAKANG KEM KAIZEN...
dimiliki sepenuhnya oleh Akademi Kaizen Sdn.Bhd. Ia telah beroperasi semenjak september 1997, merupakan sebuah syarikat perunding motivasi dan turut mempunyai pusat latihan sendiri iaitu Pusat Latihan Kem Kaizen Gunung Pulai. suasana persekitaran hutan semula jadi sangat sesuai untuk menjalankan apa jua bentuk kursus dengan keluasan tapak 14ekar. Ia merupakan sebuah syarikat yang sentiasa berusaha bagi melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Akademi Kaizen diterajui oleh En.Salamian bin Surip sekeluarga sememangnya merupakan sebuah tempat yang menjanjikan sebuah pemandangan yang indah dengan panorama semula jadi Hutan Hujan Tropikal Gunung Pulai.Kem Kaizen yang telah beroperasi selama 15tahun ini sememangnya telah menjayakan pelbagai bentuk program dari pelbagai golongan peserta termasuk la kanak-kanak hingga golongan vateren.Bagi yang ingin bertandang tidak perlu gusar kerana Kem Kaizen juga menyediakan pelbagai kemudahan asas bagi mereka yang berminat untuk menjalankan aktiviti di sini.
KELEBIHAN KEM KAIZEN....
Antara kelebihan Kem ini adalah lokasinya yang terletak di pinggir Hutan Simpan Gunung Pulai 2 yang masih kaya dengan Flora dan Fauna. lokasinya juga Jauh daripada kebisingan orang ramai yang menjanjikan ketenangan dan damai disamping pemandangan indah dihiasi dengan udara segar dari pergunungan Gunung Pulai. Ia juga menyediakan pelbagai kemudahan dan keselesaan yang bersifat sederhana dan amat sesuai untuk dijadikan pusat pembangunan modal insan.
selain itu Kem Kaizen juga merupakan sebuah kem yang mengenakan bayaran yang amat berpatutan dengan kemampuan peserta. Ini kerana kem ini mengutamakan tanggungjawab solsial untuk negara. Bentuk muka bumi juga pelbagai menjanji kan seuatu yang mencabar bagi peserta yang bertandang.
Disamping itu juga terdapat beberapa tapak sejarah yang boleh dilihat disini. antaranya adalah Kubu British, Jalan British, Terowong Jepun, Tempat Tahanan dan sebagainya.. Bagi Yang berminat serta masih belum berpeluang melihatnya dengan dekat bolehlah hadir dan beraktiviti disini.
jom ke Kem Kaizen Gunung Pulai.. :)
ANTARA AKTIVITI OUTDOOR YANG DISEDIAKAN...
- Jungle tracking
- Night walk
- War game
- Berakit
- Merempuh halangan
- Bacaan kompas
- Mencari harta karun
- Kembara air Terjun Gunung Pulai 2
- Berendam di Air Terjun Gunung Pulai 2
- Ikhtiar Hidup
- BBQ
- Berkhemah
- Kembara minda
- Berkayak
- Sesi burung hantu
- Latihan menyelamat di air
- Memanjat bukit batu
- Menuruni Bukit Batu
- Membina istana/ menara
- Memancing ikan
- Menjala ikan
- Menjaring ikan
- Mencari pacat dan serangga
- Bermain layang-layang
- Sukaneka
- Memasang jerat
BIDANG-BIDANG PROGRAM YANG DITAWARKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
- Motivasi
- Kemahiran belajar dan berfikir
- Kaunseling
- Pembimbing rakan sebaya
- Kepimpinan
- Komunikasi berkesan
- Budaya kerja yang cemerlang
- Pengendalian masa/krisis/stress
- Pidato umum
- Kualiti dan produktiviti
- Kumpulan dinamik
- Semangat berpasukan
- Khemah ibadah
- Remaja muslim sejati
- Hari keluarga
- Ceramah/dialog/forum/seminar dan lain-lain
bagi yang berminat dan bercadang untuk menjalankan apa jua bentuk program disini boleh la menghubungi pihak Kem Kaizen di Alamat :
AKADEMI KAIZEN
LOT Ptd 2532 JLN BESAR LIMA KEDAI
81120 SKUDAI
JOHOR BAHRU
atau di Alamat :
KEM KAIZEN GUNUNG PULAI
JLN BAKAR ARANG
KG. SRI GUNUNG PULAI 2
81500 PEKAN NENAS
JOHOR DARUL TAKZIM
LAMAN WEB: WWW.KEMKAIZEN.COM
FACEBOOK: AKADEMI KAIZEN
Assalamu'alaikum. Nice work. Menarik. Namun, jika tulisan di blog ni dibesarkan lagi, insya Allah, pasti lebih menarik. Saya tak aktif sangat tapi saya ada sedikit cadangan. Muat turun gambar-gambar aktiviti yang pernah dijalankan di kem kaizen ke dalam blog ini untuk cantikkan blog. Insya Allah. All the best & good luck. Semoga Allah memberkati usaha kalian. Aamiin.
ReplyDeleteassalamualaikum. kami amat berminat utk menjayakan program motivasi pelajar dan ibu bapa orang asli. mohon email kan sebut harga atau brosur ke alamat jasniomar@gmail.com
ReplyDeletebutiran program;
- pelajar 30 org
-ibu bapa 20 org
-guru dan pengiring 24 org
- tempoh program 3 hari 2 mlm
- lokasi di kem kaizen.
drp;
Jasni bin Omar
SK Kampong Kudung
Kg Orang Asli Kudung
86500 Bekok, segamat
As salam,
ReplyDeleteSaya berminat untuk menganjurkan program di Akademi Kaizen pada bulan April 2014. Bagaimana cara untuk mendapatkan maklumat sebut harga.
Mohon hubungi saya melalui email: daud@uniten.edu.my
Terima kasih
Assalamualaikum, saya berhasrat untuk membuat aktivit di kem kaizen.tolong contact saya melalui email : haikalaliff24@gmail.com
ReplyDeleteSalam .. saya ad pertanyaan.. boleh x sewa tapak perkhemahan sahaja tnpa servis jurulatih atau fasi???
ReplyDeleteSalam .. saya ad pertanyaan.. boleh x sewa tapak perkhemahan sahaja tnpa servis jurulatih atau fasi???
ReplyDelete