Saturday 4 August 2012

Permandangan sekitar Kem Kaizen Gunung Pulai II

Salam...

Alhamdulillah.. harini saya berkesempatan untuk berkongsi info berkaitan Kem Kaizen.. Mungkin ini akan membuka mata anda serta mungkin jatuh hati pada kedamaian suasana alam sekitar nya yang menghijau...

Hari ni saya nak share keindahan dan kedamaian suasana yang dirasai apabila berada di Kem Kaizen. Jom Nikmati keindahan dan kedamaian di Kem Kaizen Gunung Pulai II.. Berikut merupakan sebahagian daripada      kemudahan yang disediakan kepada peserta...


 <3 Nie la pintu gerbang Kem Kaizen.. Ianya simple jea.. <3 


 Nie merupakan jalan utama dalam Kem Kaizen...  


Terdapaat juga pondok-pondok riadah juga boleh digunakan sebagai tempat perbincangan kumpulan.. 


Gambar nie pula menunjukan satu dataran atau tempat berkumpul yang lokasinya berhadapan dengan dewan Utama iaitu Dewan Kaizen.  


Pondok untuk perbincangan dan laluan ke surau serta ke penginapan...  


Sambar ini merupakan sebahagian daripada penginapan bagi peserta...  


laluan menuju ke dorm untuk peserta... 


 Nie pula merupakan suasana dewan makan di kem Kaizen...  


Lokasi dimana menempatkan peserta bagi sesi makan.... 


gambar bangunan diatas merupakan salah satu blok bangunan penempatan Pengiring Serta Fasikitator dan Juga Jurulatih Kem Kaizen...  


Tali V merupakan salah satu bentuk halangan yang terdapat disini... 


Keindahan Tasik Buatan Di Kem Kaizen... 


Nie la merupakan salah satu lokasi yang paling digemari oleh para peserta yang berkunjung Di Kem INI.. 

setakat ini dahulu yang dapat saya paparkan buat tatapan anda.. insyallah saya akan masukan lebih banyak lagi gambar-gambar terbaru Kem.. Semoga Ia dapat menbantu anda membuat pilihan dan Menjadikan Kem Kaizen sebagai sebuah lokasi Program anda nanti... 

Tuesday 31 July 2012

salam perkenalan.... 

LATAR BELAKANG KEM KAIZEN...


dimiliki sepenuhnya oleh Akademi Kaizen Sdn.Bhd. Ia telah beroperasi semenjak  september 1997, merupakan sebuah syarikat perunding motivasi dan turut mempunyai pusat latihan sendiri iaitu Pusat Latihan Kem Kaizen Gunung Pulai. suasana persekitaran hutan semula jadi sangat sesuai untuk menjalankan apa jua bentuk kursus dengan keluasan tapak 14ekar. Ia merupakan sebuah syarikat yang sentiasa berusaha bagi melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. 


Akademi Kaizen diterajui oleh En.Salamian bin Surip sekeluarga sememangnya merupakan sebuah tempat yang menjanjikan sebuah pemandangan yang indah dengan panorama semula jadi Hutan Hujan Tropikal Gunung Pulai.Kem Kaizen yang telah beroperasi selama 15tahun ini sememangnya telah menjayakan pelbagai bentuk program dari pelbagai golongan peserta termasuk la kanak-kanak hingga golongan vateren.Bagi yang ingin bertandang tidak perlu gusar kerana Kem Kaizen juga menyediakan pelbagai kemudahan asas bagi mereka yang berminat untuk menjalankan aktiviti di sini. 





KELEBIHAN KEM KAIZEN...


Antara kelebihan Kem ini adalah lokasinya yang terletak di pinggir Hutan Simpan Gunung Pulai 2 yang masih kaya dengan Flora dan Fauna. lokasinya juga Jauh daripada kebisingan orang ramai yang menjanjikan ketenangan dan damai disamping pemandangan indah dihiasi dengan udara segar dari pergunungan Gunung Pulai. Ia juga menyediakan pelbagai kemudahan dan keselesaan yang bersifat sederhana dan amat sesuai untuk dijadikan pusat pembangunan modal insan. 

selain itu Kem Kaizen juga merupakan sebuah kem yang mengenakan bayaran yang amat berpatutan dengan kemampuan peserta. Ini kerana kem ini mengutamakan tanggungjawab solsial untuk negara. Bentuk muka bumi juga pelbagai menjanji kan seuatu yang mencabar bagi peserta yang bertandang. 

Disamping itu juga terdapat beberapa tapak sejarah yang boleh dilihat disini. antaranya adalah Kubu British, Jalan British, Terowong Jepun, Tempat Tahanan dan sebagainya.. Bagi Yang berminat serta masih belum berpeluang melihatnya dengan dekat bolehlah hadir dan beraktiviti disini. 

jom ke Kem Kaizen Gunung Pulai.. :)

...Pintu masuk ke Kem Kaizen...




PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN.... 


Antara Perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kem adalah seperti berikut:
  1. Penyediaan penginapan, makanan dan tempat berkhursus.
  2. pengendalian sepenuhnya dalam bidang kursus yang ditawarkan.
  3. penceramah, pengkuliah agama serta fasilitator yang berpengalaman.
  4. urusan pengankutan para peserta dan kedai kecil.
  5. lawatan ke tempat-tempat yang tertentu seperti kolam ternakan ikan air tawar, Ladang sayur, Kukup, Tanjung Piai, Muzium Nenas dan pelancongan di tempat-tempat yang bersejarah disekitar Johor. 






KEMUDAHAN-KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN...

  1. asrama yang boleh menampung 250 orang peserta.
  2. 20 bilik (40rang sebilik) boleh menampung 80 orang peserta.
  3. 10 bilik urusetia (2 orang sebilik) untuk 8 peserta.
  4. 3 dewan tertutup untuk 200 orang peserta, 120 orang peserta dan 80 orang peserta. 
  5. 3 dewan terbuka untuk 400 orang peserta, 300 orang peserta dan 100 orang peserta. 
  6. sebuah surau yang menempatkan 120 hingga 200 orang peserta.
  7. pondok-pondok perbincangan kumpulan.
  8. kedai kecil.
  9. tasik buatan untuk aktiviti air.
  10. kawasan perkhemahan.
  11. laluan kembara dalam pelbagai bentuk muka bumi.
  12. berakit.
  13. halangan-halangan yang unik dan istimewa serta mencabar. 
dengan segala kemudahan-kemudahan yang disediakan ini pihak Kem menjanjikan suatu kepuasan bagi setiap peserta yang menghadiri serta menjayakan program di Kem Kaizen. 



ANTARA AKTIVITI OUTDOOR YANG DISEDIAKAN... 

  1. Jungle tracking 
  2. Night walk
  3. War game
  4. Berakit
  5. Merempuh halangan
  6. Bacaan kompas
  7. Mencari harta karun
  8. Kembara air Terjun Gunung Pulai 2
  9. Berendam di Air Terjun Gunung Pulai 2 
  10. Ikhtiar Hidup 
  11. BBQ
  12. Berkhemah 
  13. Kembara minda
  14. Berkayak
  15. Sesi burung hantu
  16. Latihan menyelamat di air
  17. Memanjat bukit batu 
  18. Menuruni Bukit Batu
  19. Membina istana/ menara 
  20. Memancing ikan 
  21. Menjala ikan
  22. Menjaring ikan 
  23. Mencari pacat dan serangga 
  24. Bermain layang-layang 
  25. Sukaneka 
  26. Memasang jerat 



BIDANG-BIDANG PROGRAM YANG DITAWARKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT: 


  1. Motivasi 
  2. Kemahiran belajar dan berfikir 
  3. Kaunseling 
  4. Pembimbing rakan sebaya 
  5. Kepimpinan
  6. Komunikasi berkesan
  7. Budaya kerja yang cemerlang 
  8. Pengendalian masa/krisis/stress
  9. Pidato umum
  10. Kualiti dan produktiviti
  11. Kumpulan dinamik
  12. Semangat berpasukan 
  13. Khemah ibadah
  14. Remaja muslim sejati 
  15. Hari keluarga 
  16. Ceramah/dialog/forum/seminar dan lain-lain 


bagi yang berminat dan bercadang untuk menjalankan apa jua bentuk program disini boleh la menghubungi pihak Kem Kaizen di Alamat : 

AKADEMI KAIZEN 
LOT Ptd 2532 JLN BESAR LIMA KEDAI 
81120 SKUDAI
JOHOR BAHRU 

atau di Alamat : 

KEM KAIZEN GUNUNG PULAI 
JLN BAKAR ARANG 
KG. SRI GUNUNG PULAI 2
81500 PEKAN NENAS
JOHOR DARUL TAKZIM

LAMAN WEB: WWW.KEMKAIZEN.COM
FACEBOOK: AKADEMI KAIZEN 


SELAMAT TINGGAL... TERIMA KASIH... JUMPA LAGI...





Friday 23 March 2012

Selamat Datang Ke Laman Blog Rasmi Akademi Kaizen

Sorry. This blog is still under maintainance and will be open back verry soon. Thank's :)